salah siapa ?

Kisah yang ingin diceritakan adalah kisah benar, ianya bukan ciptaan, tapi realiti di sekolah agama. Sekolah agama yang ingin diceritakan, tidak perlulah ana sebutkan namanya. Sekadar tahu kisahnya juga itu sudah memadai.
Suatu hari, kelas tingkatan 4 diajar oleh si cikgu akan matepelajaran Matematik Tambahan. Sedang asyik si cikgu mengajar, mungkin si cikgu ini panas barangkali, cikgu telah menyingsing lengan baju kurung yang dipakainya hingga ke pangkal siku. Murid-murid yang tadi telah melihat kejadian tersebut cuba ingin menegur tapi, tiada siapapun yang berani. Sehinggalah ada seorang murid lelaki menegur cikgu dengan berkata '' Cikgu, nampak lengan, aurat,'' ringkas si murid lelaki itu memberitahu.
Ingin tahu kisah selanjutnya?
Si cikgu tadi telah menengking si murid tadi dengan kata-kata yang agak tinggi suaranya dengan berkata "Awak ingat saya ni tak sekolah agama ke ha?" Terkejut si murid tadi. Tidak sangka yang dia akan ditengking sebegitu dengan cikgunya. Dia pun hanya membatukan diri, kebetulan cikgu itu memang garang orangnya, pantang dicabar.
Dia memikir akan kesilapannya. Setelah habis kelas, dia keluar menuju ke kelasnya sambil membawa buku-buku Matematik Tembahan ke kelasnya. Entahlah..apa yang pasti, dia sudah menegur akan kesilapan guru. Yelah, mungkin cikgu panas. Tetapi dia sangat tidak menyangka yang cikgu akan berkata begitu kepadanya. Dalam hati kecilnya dia berkata,'' Aku perlu bersabar, ini mungkin ujian Allah kepadaku."
Keesokan harinya, dia pergi ke sekolah seperti biasa. Dia sekali lagi pergi ke kelas Matematik Tambahan dan belajar seperti seolah-olah tiada apa yang berlaku. Setelah tamat kelas Matematik Tambahan, ketika dia ingin keluar dari kelas itu untuk menuju ke kelasnya, si cikgu tadi telah memohon maaf kepadanya dan dia cakap "Sebenarnya yang semalam tu, cikgu cuma main-main sahaja. Tiada niat untuk marah kamu."
Nak senyum, takut. Akhirnya, dia hanya mengambil keputusan untuk menundukkan mukanya sahaja. Ingin sahaja dia mengeluarkan mutiara jernih dari kelopak matanya, memikirkan yang dia sudah besar panjang, lelaki pula. Dia pun cuma senyap sahaja. Tiada satu patah pun keluar dari mulutnya. Yang dia tahu, dia ingin cepat-cepat masuk ke kelasnya. Habis sahaja masa sekolah, dia berasa amat gembira. Masuk sahaja waktu Zuhur, dia segera menunaikannya. Usai solat, dia menadah doa dan berkata "Ya Allah, ampunilah aku andainya tadi aku ada mengguriskan hati guruku. Niatku cuma satu, hanya ingin menegur akan aurat guruku yang telah aku tidak tersengaja nampak, Ya Allah.


p/s : kadang ramai jugak yg mempunyai sifat tidak berani menegur , ia bergantung pde kykinan diri , sometimes , aku pon sme , nak tgut tu tkod bhai , kang cikgu tu mngamok plak la , spe je yg ske kene tegur , depan murid lgi , malu bhai ,


just smile :)